Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia | Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. - astroawani.com
"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]
Pemergiannya pada hari Jumaat (mengikut tarikh Islam) dengan penuh tenang. Pemergiannya pasti amat dirindui. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat. Moga roh'nya dicucuri rahmat Allah.