KODE 200x200
Seorang pengguna
Reddit memuat naik sejumlah gambar yang menunjukkan pencemaran alam di China. Ini bukan pencemaran alam biasa tapi sudah mencapai tahap kritikal sehinggakan kalau anda lihat pun boleh kembang perut dan anak tekak. Apa yang berlaku di sana adalah akibat daripada kesan perkembangan pesat industri dan populasi yang tinggi.
Tidak mustahil pencemaran seteruk ini boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita sebagai rakyat tidak mengendahkan kebersihan alam. Tanda tanda awal di Malaysia sudah ada.
Tidak perlu lihat jauh hanya perlu lihat longkang di hadapan rumah. Mahu bukti lebih nyata lihatlah sungai Klang. Kelihatan seorang penduduk mengambil sampel air sungai yang dicemari darah penyembelihan
Penduduk terpaksa menyedut udara yang tercemar setiap hari. Lihatlah asap tebal itu
Sungai yang dicemari oleh bahan toksik dan minyak yang tebal

Tidak pasti sama ada mereka sedang membersihkan sungai atau mencari barang barang terbuang. Apa yang pasti sungai ini memang hitam dengan minyak.
Ini bukan kabus tapi pencemaran udara tahap bahaya.
Anda patut risau kalau longkang belakang dan hadapan rumah anda seperti ini
Keadaaan sungai yang tercemar dari jarah jauh.
KODE 336x320 atau in artikel
Kode 300 x 250