“Apa pulak lah benda yang melekat kat tengkuk aku. Kenyal macam getah pulak tu. Maakkk cicak rupanya! Eee…. Geli-geleman rasanya bila tau aku terpegang cicak tadi. Bila pulak lah rumah aku ni ada cicak. Dulu tak ada pun?”
Nampak kecil dan tidak berbahaya, tapi kehadiran cicak dalam rumah boleh mengganggu anak-anak kecil dan haiwan peliharaan.
Ini kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi penghuni tetap dalam rumah, menjadikan perabot sebagai sarang seterusnya membiak dalam rumah.
Bagaimana nak elakkan cicak dari masuk dalam rumah?
Anda boleh guna bahan berikut:
1. Kulit telur
Cicak tidak suka bau telur. Oleh itu, letak kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elakkan dari dimasuki oleh cicak.
Jangan lupa gantikan dengan baru selepas tiga minggu digunakan.
2. Serbuk kopi
Letak sedikit serbuk kopi dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaul.
Ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian lalukan pada serbuk yang sudah digaulkan.
Letak di tempat yang boleh dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.
3. Bawang putih/merah
Cicak benci bau bawang putih dan merah. Gantung atau letak bawang di tingkap atau pintu.
Boleh juga kisar bawang bersama sedikit air. Sembur jus ini di sekeliling rumah.
4. Lada hitam
Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air kemudian masukkan dalam botol spray.
Sembur dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah.
Cicak tidak tahan dengan rasa pedas.
5. Ply paper
Lekatkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding.
Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat pada ply paper ini. Jadi dengan mudah anda boleh membuang cicak yang tersekat.
6. Air sejuk
Sembur air pada cicak. Lagi sejuk lagi bagus kerana ia akan melumpuhkan pergerakan cicak.
7. Sos tabasco
Campurkan air bersama sos Tabasco dan masukkan dalam botol spray.
Sembur belakang almari, rak dan dinding. Baunya yang tajam akan membuatkan bukan sahaja cicak lari malah serangga lain juga tidak berani mendekati.
8. Bulu ayam
Cicak memang gerun dengan burung. Gantung atau letak bulu ayam sekitar rumah.
Apabila cicak melihatnya, dengan segera ia akan menjauhkan diri.
9. Perangkap tikus
Perangkap. Tidak terhad pada menangkap tikus, perangkap ini juga sebenarnya boleh digunakan untuk menjerat cicak juga.
Amalkan kebersihan. Sebaiknya pastikan pinggan mangkuk kotor dicuci dengan segera.
Jadi, tiada saki baki sisa makanan di kaunter dapur mahupun lantai yang boleh menarik perhatian serangga mengerumuninya sekaligus menarik perhatian cicak untuk menangkap serangga-serangga ini.
Semoga anda dapat memanfaatkan petua halau cicak yang kami kongsikan di atas ini!
Sumber : Siraplimau